PUTRAJAYA: Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang bertujuan untuk merapatkan jurang sosioekonomi masyarakat, dibangunkan dengan mendapat panduan, nasihat serta maklum balas daripada beberapa pihak berkaitan, dalam menguruskan keselamatan siber negara.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.
"Saya lihat tidak ada masalah dalam sistem ini, kerana seperti yang disebut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli di dalam Dewan Rakyat baru-baru ini, data yang disimpan di dalam sistem PADU juga bersifat encrypted.
"Jadi sekiranya berlaku pun sebarang tindakan untuk mencuri data itu, tetapi pencuri data tidak boleh membuka dokumen ataupun data tersebut," katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis tanggungjawab sosial korporat (CSR) anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan pakar keselamatan siber, yang mengatakan sistem PADU dibangunkan menggunakan kaedah teknologi lapuk, yang berpotensi menjejaskan integriti data.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut menyatakan keyakinannya terhadap tahap keselamatan sistem itu, apabila beliau termasuk ahli keluarganya sendiri telah selesai mendaftar maklumat peribadi dalam PADU.
Sementara itu, mengulas mengenai draf perjanjian berkaitan tuntutan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang dengan Kerajaan MADANI seperti didakwa pemimpin Perikatan Nasional, Fahmi berkata perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet hari ini.
"Memang tidak ada draf yang dinyatakan sebelum ini, tapi ada beberapa cadangan yang sedang kita olah dan teliti.
"Langkah seterusnya kita akan bawa beberapa cadangan kepada majlis pimpinan bagi kerajaan MADANI, yang melibatkan ketua-ketua parti komponen. Sekiranya perbincangan dengan pihak pembangkang berjalan dengan baik, akhirnya akan kembali ke kabinet untuk diputuskan," katanya.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dilaporkan berkata tiada sebarang draf dokumen diserah atau diterima semasa pertemuan beliau dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin, di Parlimen pada 19 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 29 2024
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Sistem PADU selamat - Fahmi
Antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.
Kerajaan Selangor rangka strategi giatkan pendaftaran PADU, pastikan tiada keciciran - Amirudin
Kerajaan Selangor akan merangka strategi ke arah mempergiatkan usaha meningkatkan bilangan penduduk negeri itu berdaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 Mac 2024.
PADU kekal selamat walau berdepan serangan penggodam - Rafizi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini memberi jaminan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kekal selamat walaupun berhadapan dengan lebih dua juta cubaan menggodam setiap minggu.
Percubaan sistem PADU pada November, diguna Januari 2024 - Rafizi
Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dijangka melalui tempoh percubaan mulai November ini sebelum dibuka kepada orang ramai pada Januari 2024 untuk kegunaan pengesahan maklumat peribadi.